PUTRAJAYA, 5 Dis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil keterangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berhubung isu SRC International dan RM2.6 bilion.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan pertemuan dengan Perdana Menteri berlangsung selama dua setengah jam. “Perdana Menteri telah memberi kerjasama yang baik dengan SPRM. “SPRM akan memaklumkan perkembangan susulan dari semasa ke semasa,”katanya.

Najib memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini, mulai jam 10 pagi tadi. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY