KUALA LUMPUR, 11 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Indonesia, bermula esok.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Najib akan mengadakan rundingan dua hala dengan Presiden Joko Widodo untuk mempertingkatkan kerjasama dua hala dalam membangunkan industri sawit.

“Lawatan ini akan membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka dan memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam membangunkan industri mampan kelapa sawit,”.

Ia berkata kedua-dua pemimpin juga akan membincangkan isu-isu berkaitan kerjasama dalam bidang alam sekitar.

Wisma Putra berkata kunjungan Najib ke Indonesia kali ini merupakan susulan daripada dua mesyuarat peringkat menteri antara Malaysia dan Indonesia pada 27 Ogos di Kuala Lumpur dan 3 Okt di Jakarta.

Najib akan disertai isteri Datin Seri Rosmah Mansor,
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim serta pegawai kanan kerajaan. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY