KUALA LUMPUR, OKTOBER 25:MAHKAMAH… Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini bagi berdepan pertuduhan atas kesalahan pecah amanah.

Mohd Irwan berpakaian sut berwarna biru gelap tiba pada jam 8.10 pagi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) diiringi beberapa anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib pula yang berpakaian sut kelabu tiba 10 minit kemudian menaiki kereta Proton Perdana warna hitam.

Najib dan Mohd Irwan dijangka didakwa dengan enam pertuduhan pada pagi ini bagi kes berkaitan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).

Kesemua pertuduhan itu akan dilakukan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah sejumlah wang yang dipercayai bernilai lebih RM6 bilion.-MY WD