MELAKA, 23 April – Majlis Tahlil Memperingati Tun Ghaffar Baba…… Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di sini bagi menghadiri Majlis Bacaan Tahlil dan Doa sempena 10 Tahun Pemergian Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba di Peringgit.

Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Hadir sama pada majlis ini, Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Majlis tahlil itu dipimpin oleh Timbalan Mufti Negeri Melaka, Abdul Halim Tawil. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY