KUALA LUMPUR, 25 Ogos – SAMBUT ….. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyambut kelahiran cucu mereka, Adam Razak, malam tadi.

Anak perempuan beliau, Nooryana Najwa, dilaporkan selamat melahirkan cahaya mata pertamanya selepas berkahwin dengan Daniyar Kessibayev, dua tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan Najib menerusi akaun rasmi Twitter beliau pada jam 11.56 malam tadi.

“Cucu lelaki baharu, Adam Razak! Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Gina dan bayi kedua-duanya berada dalam keadaan sihat,” katanya.-WD MY