KUALA LUMPUR, NOVEMBER 3: BN…Bekas Perdana, Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan apa yang menyedihkannya tatkala BN tewas pada PRU14 lalu adalah misinya untuk meneruskan wawasannya gagal.

Katanya, itulah yang paling menyedihkannya bukan kerana beliau hilang jawatan.

“Perkara itulah yang paling menyedihkan saya,” katanya dalam program santai bersama beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib sebelum ini ketika era pemerintahannya melancarkan program Transformasi 50 (TN50) dalam rencana membawa negara ke arah kelompok negara terbaik di dunia.- MY WD