KUALA LUMPUR , 16 April – Anjurkan……. Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-31 yang bertemakan The Future of the Asia-Pacific : Issues and Institutions in Flux bakal diadakan di Hilton Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Mei ini.

Persidangan kali ini dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kajian Antarabangsa (ISIS) Malaysia bagi meraikan seramai 43 orang panel dari negara-negara yang terbabit.

Persidangan yang mengumpulkan ahli akademik, duta dan golongan profesional dalam kerajaan negara-negara Asia Pasifik itu mempunyai enam sesi plenari yang membincangkan isu keselamatan, keamanan, ketenteraan termasuk isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Persidangan berkenaan turut menampilkan ucaptama dan perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada hari pertama sebaik sahaja semua tetamu antarabangsa tiba di sini.

Selain itu, persidangan ini turut menjemput Pengarah Keselamatan Polisi dan Strategi Siber Microsoft, Kaja Ciglic untuk menjadi panel pada sesi plenari ketiga bagi membincangkan perkembangan teknologi dan hak pengguna supaya akaun sosial mereka tidak diceroboh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, beberapa panelis dari Amerika Syarikat dan Kanada turut dijemput iaitu Felo Kanan Institut Ekonomi Antarabangsa Peterson, Jeffrey Schott, Pengarah Kanan Hubungan Antarabangsa Washington DC, John Brandon dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SecDev Kanada, Dr Rafal Rohozinski. – WD MY