PEKAN, APRIL 15:  Dunia mengiktiraf dan menganggap Malaysia negara paling berjaya membantu rakyat miskin menambah pendapatan isi rumah sehingga memiliki harta dan perniagaan berjaya, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sebenarnya, kerajaan telah membuat satu inisiatif bagi mengurangkan kadar kemiskinan dengan dan ianya bermula sejak zaman Perdana Menteri Kedua, Tun Razak Hussein.

Sepertimana yang dietahui, bermacam-macam program dan bantuan diperkenalkan kerajaan menerusi beberapa agensi seperti FELDA, FELCRA, Majlis Amanah Rakat (MARA), Tekun Nasional (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Menurut beliau, pelbagi bantuan pembiayaan kewangan dan latihan kemahiran diberikan terutama kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan yang mahu diceburi.

“Menjadi pegangan dan prinsip kerajaan sekarang bagi meningkatkan ekonomi rakyat miskin terutama di luar bandar.

“Pinjaman yang disediakan ini ibaratnya seperti bayi yang mula bertatih, kemudiannya berjalan dan berlari begitu juga kita ada pinjaman asas seperti disediakan AIM kemudian oleh MARA, TEKUN dan Bank SME untuk kembangkan perniagaan.

“Bayangkan jika tiada bantuan sedemikian bagaimana mereka mahu mulakan perniagaan mungkin jadi mangsa ceti haram atau along,” katanya.-MY WD