KUALA LUMPUR, 23 April-Tan Sri Abu Zahar Tamat Tempoh YDP Dewan Negara…. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menghadiri Majlis Tamat Tempoh Perkhidmatan, Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang malam tadi.

Tan Sri Abu Zahar dilantik menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-16 pada 26 April 2010.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan Buku Khas mengenai Abu Zahar.

Majlis turut dihadiri Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam ucapannya Tan Sri Pandikar berkata, Abu Zahar akan terus di ingati, dengan jasanya memartabatkan Dewan Negara.

Turut meraikan 6 tahun perkhidmatan Abu Zahar ialah Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY