PUTRAJAYA, 25 Jun – Program Nur Ramadan……Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di Masjid Putra bagi menghadiri Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Program anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama beberapa agensi lain.

Majlis turut dihadiri kira-kira 1,000 penerima asnaf, anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya, OKU.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan. – WD MY

LEAVE A REPLY