KUALA LUMPUR, 13 Nov – Hadir…. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Perhimpunan Agung Tahunan Ke 63 MCA hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasionak tiba pada pukul 10 pagi disambut Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

img_0298

Najib menyifatkan kerjasama di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP sebagai hipokrasi dan tiada arah tuju.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerjasama antara Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, juga tidak ikhlas kerana sejarah menunjukkan kedua-dua pemimpin itu saling berseteru.

“Mana boleh percaya politik berasaskan hipokrasi. Walaupun dalam politik ada penyesuaian, tetapi apa yang berlaku ini politik ‘U-turn’.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap ketika Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke 63 di Wisma MCA, Jalan Ampang.

“Saya fikir mereka sudah hilang arah tuju. Ini bukan sahaja mengelirukan rakyat, tetapi mereka juga keliru. Anda fikir Kit Siang suka dengan Dr Mahathir? Adakah Dr Mahathir suka kepada Kit Siang?

“Ini bukan politik yang kita mahu, ini politik hipokrasi tahap tinggi. Mengapa sanggup buat ‘U-turn’. Mereka ini ‘Raja U-turn,” katanya hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan barisan pemimpin tertinggi parti itu serta parti komponen BN. – WD MY