BANGI, 22 FEB – TIDAK TAHU…… Bekas perdana menteri Najib Razak berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai pendedahan Sarawak Report berhubung wang RM2.5 juta yang didakwa diberikan Umno kepada PAS sebagai deposit untuk Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau berkata ini termasuk isu dana politik RM90 juta yang diberikan kepada PAS.

“Tak ada apa-apa, saya tak tahu pasal tu. Dah tentu RM90 juta tu pun tak ada apa,” katanya ketika bergegas untuk menghadiri program di Semenyih.

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas program ‘Sembang Santai Bossku’ di Bangi hari ini. – WD MY