Kuala Lumpur, Mei 12:DATUK…Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta merta.

Beliau berkata, Biro Politik setuju Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas presiden parti.

Katanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan jalankan tugas Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN.

“Saya terima kasih kepada semua ahli UMNO sejak saya mengambil jawatan dan yakin jasa UMNO dan BN besar kepada negara kita,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.