KUALA LUMPUR,JUN 27:BARANG… Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penilaian barang, terutama barang kemas yang dirampas polis di kediaman yang dikaitkan dengannya adalah subjektif dan tidak realistik.

“Ia bergantung kepada sumber permata itu. Ia bergantung adakah ia hadiah atau bila ia dibeli. Penilaian mungkin akan jadi berbeza.

“Maka, janganlah kita terlalu teruja dengannya. Marilah kita melihat barang berkenaan, setiap barang, dan kami berharap dapat memeriksanya dan kita dapat membuat kesimpulan sumber barang itu dan dapat dijelaskan mengenai barang yang disita oleh polis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini di pejabat portal berita itu di Petaling Jaya, hari ini.

Najib berkata, seperti mana-mana suami, beliau tidak menyedari sejauh mana koleksi barang kemas dan barang kemas yang dimiliki isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.-MY WD