KUALA LUMPUR, 18 Nov – Datuk Seri Najib Razak mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan membawa ke muka pengadilan terhadap pihak yang bertanggungjawab atas pembunuhan tebusan Malaysia, Bernard Then Ted Fen, di selatan Filipina, semalam.

Dalam Facebook rasmi beliau hari ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi menyiasat insiden itu.

“Saya dan rakyat Malaysia mengutuk keras tindakan tidak berperikemanusiaan ini. Ini satu berita yang sangat mengejutkan semua pihak.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa Bernard Then,” katanya.

Bernard Then, 39, berasal dari Sarawak diculik kumpulan militan Abu Sayyaf bersama pengurus restoran Thien Nyuk Fun, 50, dari restoran Ocean King Seafood di Sandakan pada 15 Mei lalu.

Kepalanya dipercayai dipenggal kumpulan berkenaan kira-kira jam 4 petang semalam di Kepulauan Jolo. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY