KUALA LUMPUR 29 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merafak sembah takziah atas kemangkatan Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, awal pagi ini.

“Merafak sembah takziah atas kemangkatan DYTM Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah. Al-Fatihah,” kata Najib dalam laman Twitter dan Facebooknya hari ini.

Tunku Abdul Malik, 86, mangkat pada pukul 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star, Kedah akibat kegeringan.Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan jenazah Almarhum akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit pada 1 tengah hari ini.

Jenazah Almarhum disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang manakala penghormatan untuk orang kenamaan bermula pada pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Jenazah almarhum Tunku Abdul Malik akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada pukul 4.45 petang ini.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY