KUALA LUMPUR, 7 Dis – Rasmi…..Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi merasmikan Menara Kerja Raya setinggi 37 tingkat, mercu tanda baharu di ibu negara ibarat berlian di dalam bandar.

Menara yang menelan kos RM309 juta itu siap dibina pada 15 April 2015, selepas mengambil masa 130 minggu untuk disiapkan sepenuhnya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata menara ini amat istimewa kerana dibina menggunakan kaca kesan segi tiga pada kerangka bangunan dengan belahan di tengah panel.

“Ia memberi kesan pantulan cahaya yang berbeza, menyerlahkan kilauan umpama berlian di menara ini pada waktu tertentu mengikut pergerakan matahari.

“Bangunan ini turut memperoleh penarafan Indeks Bangunan Hijau (GBI) tahap Platinum pada 13 Jun lalu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian. – WD MY