PEKAN, 3 Sept – Rasmi Bahagian…… Datuk Seri Najib Razak tiba di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, sebentar tadi bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan.

Ketibaan Presiden UMNO pada jam 9.15 pagi disambut pemimpin dan ahli parti termasuk komponen Barisan Nasional (BN) yang memenuhi dewan bagi mengambil kesempatan bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Turut mengiringi Najib yang juga Ketua UMNO bahagian itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Abu Bakar Harun. – WD MY

LEAVE A REPLY