KUALA LUMPUR, 18 MAC – KRITIK…. Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) hari ini mengkritik pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkenaan dakwaan kegagalan kerajaan menangani kenaikan kos sara hidup.

“Kalau harga telur pun tak boleh nak kawal, jangan nak harap kawal harga lain,” katanya ketika membahaskan tetap ucapan Yang di-Pertuan Agung di Parlimen hari ini.

“Kalau nak kawal harga barang keperluan, tolong kawal harga telur sebab bila menteri umum (harga) telur turun 2sen dalam sebuah sidang media besar-besaran, hari ini telur (gred) 3A menghampiri 50sen sebiji,” katanya.

Kenyataannya itu dibuat susulan pengumuman kerajaan awal tahun ini bahawa harga telur turun sebanyak 2sen, selepas mengalami kenaikan 10 sen.

Ketika itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution dilaporkan “berterima kasih” kepada Najib atas usahanya dalam mengawasi harga keperluan tersebut. – WD MY