KUALA LUMPUR, 14 Feb – Hadir…. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjadi tetamu kehormat pada Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2017 yang akan berlangsung pada 21 April depan.

Setiausaha Sulit Kanannya, Mohd Shahrir Mohd Aripin, mengesahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya, menerusi sepucuk surat akhir bulan lalu.

MWM buat pertama kali diadakan pada tahun 1981.

Menurut MPI, kehadiran Najib mengekalkan tradisi bahawa Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri secara berselang seli menjadi tetamu kehormat MWM.

“Tahun lalu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir meraikan wartawan selaku tetamu kehormat,” katanya hari ini.

Majlis tahunan anjuran MPI itu dianjurkan khusus memberi pengiktirafan kepada karya kewartawanan terbaik sepanjang tahun dipertandingkan. – WD MY

.