SEREMBAN, 13 April – Tinjau…… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Udara (PU) Sendayan di sini, bagi meninjau perkembangan pembinaan pangkalan baharu itu.

Pangkalan itu juga bakal menjadi pusat latihan terbesar TUDM dengan keluasan keseluruhan 303.5 hektar berbanding 183.7 hektar (PU Sungai Besiuala Lumpur).

Beliau yang tiba jam 9.15 pagi menaiki helikopter bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau kemudian mendengar taklimat kira-kira 15 minit disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, sebelum menandatangani plak penamaan PU Sendayan.

PU Sendayan akan memiliki kelengkapan dan kemudahan yang lebih moden serta praktikal berbanding PU Sungai Besi, termasuk perumahan baharu yang lebih kondusif dan selesa untuk warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

– WD MY