KAPIT, 27 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau Projek Pembinaan Jalan Raya menghubungkan Kapit, Song dan Kanowit.

Projek itu kini telah 55% siap.

Jarak keseluruhan laluan menghubungkan Kapit dan Kanowit adalah 81.9 kilometer.

Setakat ini, 34.1 km jalan berkenaan telah siap dibina.

Kerja pembinaan bagi laluan sepanjang 35.7 km sedang dilaksanakan.

Manakala laluan dari Nanga Ngemah ke Nanga Temalat sejauh 15.9 km dalam proses tender. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY