KAJANG, 2 Jun – Turut Ziarah…. Datuk Seri Najib Razak tiba di Masjid An Nur di Country Heights di sini, bagi menunaikan solat jenazah menantu Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia malam tadi.

Perdana Menteri tiba pada jam 8.50 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum disambut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain.

Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah, 37, meninggal dunia ketika menjalani rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar, semalam. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY