KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ucap……… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada kaum India yang menyambutnya di negara ini, bersempena bulan menuai hasil tanaman di India.

“Dengan masyarakat India Malaysia menyambut bulan Thai yang menandakan suatu permulaan baru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Ponggal Vaalthukal’ dan semoga ia membawa limpahan kemakmuran,” kata Perdana Menteri dalam entri laman Facebook rasminya.

Dianggap sebagai satu daripada perayaan penting dan popular oleh penganut Hindu, Ponggal disambut dengan memasak beras manis sebagai tanda berterima kasih atas hasil tuaian.

Ponggal adalah perkataan Tamil yang bermaksud ‘mendidih’. – WD MY