KUALA LUMPUR, 10 Jan – Tahniah…. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Mohd Faiz Subri atas kejayaannya memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

NajibĀ merakamkan ucapannya itu menerusi akaun Twitter miliknya sebentar tadi.

“Tahniah Faiz Subri! Kejayaan anda dlm #FIFAPuskasAward 2016 akan beri inspirasi kpd semua pemain bola sepak Msia & jg harumkan nama negara!

Mohd Faiz dipilih sebagai pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 yang diadakan di Zurich, Switzerland semalam atau awal pagi tadi waktu Malaysia. – WD MY