Najib Ucap Tahniah Pada Atlet Negara Berjaya Meraih Pingat Emas Ke-111

0
58

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – TAHNIAH…… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada atlet negara selepas Malaysia berjaya mendapat pingat emas ke-111, sekali gus menepati sasaran Sukan SEA 2017.

Najib berkata, pencapaian itu sekali gus mengesahkan Malaysia sebagai juara keseluruhan sukan Asia Tenggara tahun ini.

“Saya mengisytiharkan kontinjen Sukan SEA negara berjaya meraih pingat emas yang ke-111 seperti yang menjadi sasaran kita.

“Dengan ini, sah dan nyatalah Malaysia akan menjadi juara keseluruhan Sukan SEA 2017 dan pencapaian ini mencatat sejarah gemilang oleh semua atlet Sukan SEA negara,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Projek Sungai Nadi Kehidupan dan Kolam Biru malam tadi. – WD MY