KUALA LUMPUR, 26 Okt – Ucapkan Terima Kasih…… Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini melahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak dan agensi yang menyumbang
tenaga dalam usaha menyelamat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru
semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, doktor, jururawat dan kakitangan hospital serta sukarelawan.

Najib di dalam catatan Facebooknya berkata siasatan terperinci akan dilakukan bagi membantu meningkatkan lagi tahap keselamatan di hospital kerajaan.
“Kita akan membantu keluarga mangsa dan pesakit terbabit, juga memastikan
perkhidmatan kesihatan di Hospital Sultanah Aminah berjalan seperti biasa,”
katanya.   – WD MY