PUTRAJAYA, 23 Julai – Umum…. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan enam insentif baharu kepada peneroka FELDA sempena sambutan Hari Peneroka FELDA 2017, di sini.

Insentif yang diumumkan oleh Najib adalah;

* Pelupusan hutang tanam semula RM5, 000 bagi setiap peneroka yang menanam semula melalui FELDA dengan peruntukan RM519juta.

* Kelulusan membina lebih satu unit rumah di atas satu tapak di tanah rancangan FELDA.

* Dana pelupusan hutang tanam semula RM300 juta diwujudkan tempoh lima tahun bermula 2017 hingga 2021.

* Pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV membabitkan 77, 934 peneroka.

* Geran khas tanam semula peneroka RM7,500 setiap hektar melalui program tanam semula FELDA.

* Bayaran insentif khas peneroka RM5, 000 bagi setiap keluarga membabitkan 94, 956 keluarga, dibayar mula hujung Ogos ini.