PUTRAJAYA, 27 Jun – Umum Nama Baru Bagi Mengisi Kementerian…….Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Tan Sri Noh Omar dilantik Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi.

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula tidak dilantik semula sebagai Menteri Kewangan Kedua kerana memilih untuk bersara.

Tempatnya diambil oleh Datuk Johari Ghani.

Berikut antara rombakan itu.

Johari Abdul Ghani – Menteri Kewangan II
Abdul Rahman Dahlan – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi)
Noh Omar – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Mah Siew Keong – Menteri Perladangan dan Komoditi

Timbalan Menteri

Aziz Othman – Timbalan Menteri Kewangan
Leong Lee Chee – Timbalan Menteri Kewangan
Chua Tee Yong – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Timbalan Menteri Devamany SK di Jabatan Perdana Menteri
Henry Sum Agong – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – WD MY

LEAVE A REPLY