KUALA LUMPUR, 20 April – Yakin 82 calon BN…Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yakin senarai 82 calon yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang, seperti diumum Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, adalah yang terbaik dan bersedia memikul tanggungjawab serta aspirasi rakyat jika dipilih.

Perdana Menteri turut mengambil maklum bahawa segala perselisihan faham dan kekecewaan berhubung senarai calon sudah pun diselesaikan dan dijelaskan dengan baik oleh kepimpinan negeri kepada komponen parti dan individu dalam parti.

“Saya yakin bahawa mereka yang terpilih adalah calon terbaik dan bersedia untuk memikul tanggungjawab dan aspirasi rakyat sekiranya dipilih. “Kerjasama dan kesepakatan amat penting dalam menghadapi pilihan raya dan saya berharap setiap ahli BN di Sarawak akan memberi komitmen, sumbangan masa dan tenaga serta kerjasama tertinggi kepada pucuk pimpinan dan jentera parti sewaktu kempen nanti.

“Bersatulah sebagai sepasukan – Team Adenan, Team Barisan Nasional,” katanya dalam catatan terbaharu beliau di laman Facebooknya. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY