KUALA LUMPUR, MAC 6: BILA…Sebelum sempat pengamal media bertanyakan solaan bila pilihan raya, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanyakan dahulu.

Interaksi itu berlaku sebaik sahaja selesai majlis istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam, Parlimen ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Ketika itu Najib yang berjalan keluar daripada Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bertanya kepada pengamal media: “Bila ‘election’ (pilihan raya)?”

Sapaan spontan Najib itu dibuat sebaik sahaja beliau lihat sekumpulan pengamal media yang berusaha menghampirinya.

Pertanyaan spontan itu disambut dengan gelak ketawa para pengamal media.

Untuk makluman sesi Parlimen kali ini akan bersidang selama 20 hari dan akan menjadi sesi terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan. – MY WD