Najib:Saya cadang buat ‘Facebook live’ malam ini

Najib:Saya cadang buat ‘Facebook live’ malam ini

267
0

KUALA LUMPUR, OKTOBER 30: FACEBOOK….Buat pertama kali Facebook Najib Razak akan membuat siaran langsung atau ‘live’ bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam tempoh 37 minit hantaran di Facebook mengenai cadangan siaran langsung tersebut telah mendapat 10,000 reaksi dan dikongsi sebanyak 948 kali.

“Saya cadang nak buat Facebook Live malam ini, lebih kurang 9.00 pm . Siapa free malam ini boleh join di Facebook saya,” tulis Najib dalam hantaran tersebut.

Hantaran itu turut menerima 1,900 komen dalam tempoh 37 minit.

“Peh makin advance la Datuk Seri. Tapi janji jangan merajuk pulak kalau kena soalan panas lagi,” kata Jebat Derhaka.

“Nak join. Hihihi. Jangan lupa DSN buat belanjawan sekali. Rindu,” kata Intan Najwa.

“Hmmm nak buat product review ke ni?” tanya Ayu Oshin.

“Sokong! Saya sponser popcorn. Best DSN,” kata Tham Ken Loong.

“Jangan koyak pulak kalau orang tanya nanti” kata Alhami Sallehuddin.

“Memang dari dulu kena buah dah. Orang malas nak baca la. Penat share,” kata Mohd. Faizal Ghazali.

“Baik. Datuk Seri belanja borak apa malam ni?” tanya Mohd. Idham.

“Be fair to me 10 pm please (Berlaku adil kepada saya. Pukul 10 malam boleh),” kata Chin Fei Hiew.

“Ok tok. Kita live sambil pakai baju emyu ya tok,” kata Hendra Garcia.

“Can we ask any question? I worry you angry and walk out again. (Boleh kami tanya soalan? Saya bimbang anda marah dan berjalan keluar lagi) kata Ang Justin.-MY WD