BAITULMAQDIS, 2 Dis – NAMA….. Israel mahu menamakan sebuah stesen kereta api bersempena nama Donald Trump sebagai penghargaan kerana mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Menteri Pengangkutan, Israel Katz, berkata untuk tujuan itu, beliau memilih lokasi sebuah hentian kereta api bawah tanah berhampiran Tembok Barat di Kota Lama, di tengah-tengah kawasan yang bakal dijadikan ibu negara Palestin.

“Saya memutuskan untuk menamakan stesen Tembok Barat bersempena Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, atas tindakan berani dan bersejarah beliau mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel,” katanya.

Pengumuman itu pantas dikutuk pemimpin Palestin, yang marah dengan keputusan Trump pada 6 Disember lalu, sekali gus mengubah polisi AS terhadap kota itu sejak berdekad lalu.

Bagaimanapun, rancangan kerja naik taraf rangkaian kereta api berkelajuan tinggi bawah tanah antara Tel Aviv dan Baitulmaqdis itu masih di peringkat awal.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan berkata, jabatan lain masih perlu meluluskan keputusan itu. – WD MY