KUALA LUMPUR, 3 Mac – Sebagai langkah berjaga-jaga berikutan gempa kuat di barat daya Sumatera, penduduk di pesisir pantai Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dinasihati menjauhi pantai mulai jam 12.45 tengah malam ini, sehingga nasihat berkenaan ditarik balik.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau, berkata ini kerana kemungkinan berlaku tsunami kecil setinggi 10 sentimeter (CM).

“Gegaran daripada gempa ini dilaporkan dirasai di beberapa tempat di Selangor dan Johor. Tiada laporan kerosakan diterima setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY