SELAT MELAKA, 4 Feb – Rosak….. ┬áNautical Aliya dijangka tiba di Yangon, Myanmar kira-kira jam 10.30 malam Rabu ini, lewat 10 jam dari jadual asal selepas kipas enjinnya mengalami masalah.

Kipas enjin kapal dalam Misi Flotila Kemanusiaan ke Myanmar itu mengalami masalah selepas tersangkut tali sepanjang 10 meter sejurus belayar dari Boustead Cruise Centre dan terpaksa berlabuh di Dermaga 15 Nortport Pelabuhan Klang, jam 11 malam tadi.

Nautical Aliya yang membawa 2,300 tan bantuan kemanusiaan kini berada di Selat Melaka menghampiri Pulau Jarak, Perak dengan tiga kapal pengiring.

Ketua misi flotila yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata tiga kapal pengiring terbabit membabitkan dua dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan sebuah milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kita akan berada di Selat Melaka dua hari dan dijangka memasuki Laut Andaman lusa,” katanya pada sidang media di atas kapal flotila pada hari kedua misi pelayaran, hari ini.

Misi flotila ke Myanmar disertai 210 penumpang dan kru dari 12 negara itu dianjurkan KP1M dan MAPIM dengan disokong lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) ASEAN serta antarabangsa. – WD MY