KUCHING, 15 April – Tiba…. Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat, USNS Fall River tiba di Pelabuhan Pending, semalam.

Ketibaan kapal itu yang akan menyertai Eksesais Pacific Partnership 2017 pada jam 9 pagi disambut Ketua Staf Divisyen Pertama Infantri, Kolonel Isa Daud.

Jurucakap Markas Pemerintahan Timur berkata, kapal USNS Fall River membawa bersama 100 orang anggota Marin dan Tentera Laut Amerika Syarikat bersama 30 kru awam.

KAPAL Tentera Laut AS, USNS Fall River tiba di Pelabuhan Pending untuk menyertai Eksesais Pacific Partnership 2017.

Kapal jenis katamaran itu akan berlabuh di Kuching hingga 22 April ini sebelum bertolak ke pelabuhan Kuantan.

Eksesais Pacific Partnership 2017 dijangka tamat pada 22 April ini dengan acara penutup akan diadakan di pelabuhan Pending. – WD MY