KUALA LUMPUR, 28 Okt – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu menamatkan karier politik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Mohamed Nazri, yang juga anggota Parlimen Padang Rengas, turut
mengalu-alukan bekas perdana menteri itu untuk bertanding di kawasannya
sekiranya mahu.

“Cara nak jatuhkan Najib, lawanlah beliau di Pekan… Jangan cakap
banyak…Anda tahu bagaimana mahu jatuhkan (Najib).

“Kalau tidak mahu lawan Najib, lawan saya di Padang Rengas,” katanya ringkas
kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Dr Mahathir secara terbuka terus mengkritik Najib dan mendesak presiden
UMNO itu meletak jawatan berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan
kewujudan RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY