Negara hilang syarikat multinasional

Negara hilang syarikat multinasional

121
0

KUALA LUMPUR, NOVEMBER 30: HILANG….Pengumuman kerajaan bahawa Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah menjual kepentingan 16 peratus dalam IHH Berhad kepada kumpulan Jepun, Mitsui dengan harga RM8.42 bilion mencetuskan tanda tanya.

Keputusan berkenaan bukan sahaja menjadikan Mitsui sebagai pemegang saham terbesar, malah IHH Berhad iaitu kumpulan hospital kedua terbesar di dunia tidak lagi boleh dianggap sebagai milik Malaysia.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mempersoalkan harga jualan diumumkan RM6 satu saham iaitu lebih rendah dari harga tertinggi RM6.42 pada awal tahun ini sebelum Bursa Malaysia jatuh teruk selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Tidak mustahil Pengerusi kumpulan ini yang merupakan orang Malaysia selama ini akan digantikan dengan orang Jepun tidak lama lagi. Negara kehilangan peluang untuk membina dan memiliki sebuah syarikat multinasional (MNC) bertaraf global.

“Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pernah mengumumkan bahawa antara langkah untuk menggantikan kehilangan hasil dari pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah dividen dari Petronas, Khazanah dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan dinaikkan,” katanya dalam status di Facebook beliau, semalam.

Sehubungan itu, Najib sekali lagi mempersoalkan apakah mungkin usaha penjualan aset negara hari ini merupakan antara langkah untuk Khazanah menaikkan dividen kepada kerajaan.

“Apa lagi aset negara akan dijual,” soalnya.-MY WD