SYDNEY, 29 Sept – Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah peneraju d?unia di dalam perkhidmatan penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, p?erlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan bahawa ?Neil Chatfield dan Wendy Murdock, yang pada masa ini berkhidmat sebagai pengarah b?ukan eksekutif di Recall, akan dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif kepada L?embaga Iron Mountain Incorporated (NYSE: IRM) (“Iron Mountain”), sementara ?menunggu kejayaan menyiapkan pemerolehan Recall oleh Iron Mountain.

Pelantikan mereka akan berkuatkuasa selepas pelaksanaan Skim menurut s?yarat-syarat Skim Pelaksanaan Surat Ikatan yang dibuat oleh Recall dan Iron ?Mountain pada 8 Jun 2015. Urus niaga itu masih tertakluk kepada kelulusan badan k?awal selia di beberapa bidang kuasa dan juga kelulusan oleh kedua-dua pemegang s?aham  dan tidak dijangka akan siap sehingga separuh pertama kalendar 2016.

Pengerusi Recall, Ian Blackburne berkata “Pengalaman komersil yang kukuh yang d?imiliki oleh Neil Chatfield dan Wendy Murdock, bersama-sama dengan pengalaman ?mereka yang luas semasa berkhidmat dalam lembaga pengarah syarikat-syarikat a?wam, akan memastikan mereka memberi sumbangan ternilai kepada Lembaga Iron
Mountain. Di samping itu, memandangkan terdapat bahagian besar daripada gabungan kumpulan itu di mana akan mengandungi operasi Recall, Neil dan Wendy akan ?menyediakan kesinambungan kukuh untuk masa hadapan perniagaan itu.” – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY