KULAI, 10 Ogos – Dibunuh Dengan Kejam……Seorang nenek berusia 76 tahun dibunuh dengan kepalanya dipenggal dipercayai oleh cucunya sendiri di Felda Pengeli Timur, Kulai, Johor kira-kira pukul 6:30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superitendent Rahmat Osman berkata, mangsa seorang suri rumah dikenali sebagai Maimon Abdul Samad.

Katanya, cucu mangsa yang berusia 19 tahun dipercayai ada masalah mental dilaporkan memengal kepala, kedua-dua kaki dan tangan mangsa.

Kepala mangsa ditemui di pintu masuk rumah manakala tubuhnya di ruang dapur bawah singki.

Superintendent Rahmat berkata, sebilah pisau sepanjang 6 hingga 7 inci dijumpai dalam pasu bunga di luar rumah suspek.

Suspek telah melarikan diri masuk dalam ladang sawit berhampiran.

Polis telah melancarkan gerakan memburu suspek dengan bantuan penduduk tempatan dan berjaya menahan suspek kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh. – WD MY

LEAVE A REPLY