New York Times Dikeluarkan Dari Aplikasi Untuk Pengguna Di China

0
176

BEIJING, 6 Jan – Keluarkan….. Pihak Apple Inc mengeluarkan aplikasi laporan berita New York Times (NYT) daripada iTunes di China susulan permintaan daripada pihak berkuasa tempatan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ia dibuat kira-kira sebulan selepas Pentadbir Ruang Siber China menyeru kepada pemantauan media yang lebih ketat, disebabkan kebimbangan akan berlaku kekacauan sosial, ancaman moral dan keselamatan nasional.

Badan kawal selia internet itu tidak memberikan maklum balas kepada permintaan menerusi faks bagi mengulas berhubung aplikasi NYT itu.

“Secara prinsipnya, perkembangan internet di China mesti menghormati undang-undang dan peraturan China,” kata jurucakap kementerian luar, Geng Shuang, dalam satu maklum balas berhubung aplikasi itu.

Jurucakap New York Times, Eileen Murphy, berkata pihaknya sudah memohon kepada Apple supaya mempertimbangkan semula keputusan itu.

“Permintaan pihak berkuasa China untuk mengeluarkan aplikasi kami adalah sebahagian daripada usaha mereka menghalang pembaca di China daripada mengakses liputan berita bebas The New York Times berhubung negara itu,” kata Murphy. – WD MY