KUALA LUMPUR, 18 Mac – Pemantau Media Sosial Pasukan SEMUT Malaysia membuat laporan polis mendesak PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung isu pembelian sebuah rumah banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown, Pulau Pinang.

Laporan polis itu dibuat pengerusinya, Zaparudin Abdul Rahim di Balai Polis Dang Wangi.

Katanya, wujud unsur rasuah di dalam urusan transaksi jual beli banglo berkenaan.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dipercayai mempunyai hubungan berkepentingan dengan pemilik terdahulu banglo itu apabila beliau berjaya membeli dengan harga RM2.5 juta berbanding harga pasaran semasa yang mencecah RM6 juta.

SEMUT Malaysia turut membuat satu lagi laporan yang sama di Prai, Pulau Pinang 11 pagi tadi.

Laporan itu susulan pendedahan dibuat Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabuddin Yahaya di Dewan Rakyat semalam. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY