KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kecundang….. Ratu skuasy negara Datuk Nicol David kalah kepada Raneem El Welily dari Mesir pada suku akhir Terbuka Amerika Syarikat 2016 di Philadelphia.
Pemain nombor tiga dunia itu kalah 11-8, 8-11, 10-12 dan 9-11 selepas berhempas pulas hampir satu jam.
Menurut laman web kejohanan www.usopensquash.com, El Welily akan bertemu rakan senegara Nour El Sherbini di separuh akhir yang mengalahkan pemain England, Alison Waters 11-7, 11-2 dan 11-6 dalam masa 26 minit. – WD MY