KUALALUMPUR, DISEMBER 8: HIMPUMAN..Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz akan membawa keluarga untuk menyertai Himpunan Kesyukuran Menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Dalam posting terbaru di Facebooknya, Ahli Parlimen Bachok itu berharap peserta berhimpun dengan aman dan bertanggungjawab.

“Berhimpunlah dengan penuh aman, tanggung jawab dan sedar. Binalah niat yang ikhlas kepada-Nya.

Keikhlasan-lah sebuah perlumbaan yang paling benar di bumi ini. Ia menyucikan diri dan meluruskan jalan menuju hari pembalasan yang pasti.

“Selamat berhimpun. Saya seisi keluarga menyertai anda insya Allah.,” katanya”

Himpunan ini apada awalnya dianjurkan pihak-pihak yang menentang ICERD dan menolak usaha meratifikasikannya.

Namun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan meratifikasikan ICERD.

Penganjur bagaimanapun tetap meneruskannya dengan menukarkannya kepada Himpunan Kesyukuran Penolakan ICERD.

Pada Jumaat, Dr Mahathir dalam satu video ringkas berharap penganjur bekerjasama dan membantu polis serta pihak berkuasa.-MY WD