Nilai Tradisional Dikekalkan Dalam Membangunkan Kawasan Luar Bandar Kata TPM Ahmad Zahid

Nilai Tradisional Dikekalkan Dalam Membangunkan Kawasan Luar Bandar Kata TPM Ahmad Zahid

570
0

KUALA LUMPUR 28 Ogos – BANDAR…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha membandarkan kawasan luar bandar perlu dilaksanakan melalui pendekatan holistik tanpa mengetepikan nilai-nilai tradisional.

Ahmad Zahid berkata, aspek pelaksanaannya perlu mempunyai perimbangan supaya negara tidak menjadi hancur apabila satu elemen sahaja diutamakan.

“Apa gunanya mempunyai infrastruktur hebat tetapi institusi kekeluargaan diabaikan. Tiada lagi nilai-nilai sosial,” Kata Ahmad Zahid.

“Kita tidak mahu ini berlaku apabila nilai materialistik menjadi keutamaan. Tiada lagi nilai tradisional dan nilai kebumiputeraan untuk dipertahankan walaupun berbeza agama,”¬†katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Pembangunan Luar Bandar 2017, di sini hari ini. – WD MY