PORT DICKSON, DISEMBERD23: RATU..Ratu Ethnik, Noraniza Idris hari ini menerima menantu apabila anak sulungnya, Mohd. Aliff Haiqal Mohd. Fauzi selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, Ezza Nafiesha Zakaria.

Majlis resepsi yang diadakan di Pantai Cahaya Negeri, di sini, malam ini meriah dengan lebih 1,000 jemputan.

Sejajar dengan gelaran Ratu Ethnik, sementara menunggu ketibaan kedua mempelai, tetamu jemputan disambut dengan alunan lagu-lagu tradisional gamelan.

Pereka fesyen, Mior dari Mutiara Tiara Mior diberi tanggungjawab mereka pakaian pengantin.

“Konsep persandingan malam ini mengikut tema Bali modern.

“Pagi semalam semasa majlis akad nikah, pasangan pengantin menggunakan pakaian tradisionl Johor,” kata Mior.

Menurut Mior, beliau mengambil masa sebulan untuk menyediakan busana pengantin.

Katanya lagi, material dibeli dari Indonesia.

Kira-kira pukul 8.43 malam, pasangan mempelai diarak ke singgahsana dengan menaiki tandu.

Acara pencak silat membuka gelanggang menyambut pasangan mempelai bersanding atas pelamin.

Rona pastel dan putih menyerlahkan kesegakan pengantin lelaki manakala pengantin perempuan tampak ayu mengenakan kebaya moden dipadankan dengan batik Bali modern.

Persembahan tradisional Jawa menyulam kemeriahan majlis persandingan Aliff Haiqal dan isteri.

Suami Noraniza, Jefri Iman membacakan doa kesejahteraan dan kebahagian buat kedua mempelai dalam melayari bahtera rumahtangga.

Suami Noraniza, Jefri Iman membacakan doa kesejahteraan dan kebahagian buat kedua mempelai dalam melayari bahtera rumahtangga.

Hadir sama pada majlis resepsi malam ini ialah ayah kandung Mohd. Aliff Haiqal, yang lebih dikenali dengan panggilan Fareez dan isteri.

Majlis persandingan kedua mempelai turut diserikan dengan persembahan nyanyian.-MY WD