BEIJING, 31 Okt – Tiba Di Beijing….. Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing tengah hari ini, untuk memulakan lawatan rasminya ke China selama seminggu.
Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, disambut oleh Timbalan Menteri Luar China, Liu Zhen Min; Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya dan isteri, Datin Fairos Ishak.
Majlis sambutan rasmi akan diadakan di Great Hall of the People petang esok, diikuti pertemuan antara Najib dan Perdana Menteri China, Li Keqiang.
Ini diikuti dengan mesyuarat dua hala antara Malaysia dan China.

Antara perkara dijangka dibincang pada mesyuarat itu ialah kerjasama dua hala dalam perdagangan dan pelaburan, pendidikan serta pelancongan, selain hubungan antara rakyat. – WD MY