KUCHING, 6 Dis – Jabatan Imigresen Sarawak mengeluarkan notis penolakan masuk ke negeri itu kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dengan menaiki pesawat AK5120 pada jam 4 petang tadi dari Kuala Lumpur, Nurul Izzah dilarang masuk ke negeri itu.

Beliau diarah pulang semula ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat AK5211 pada jam 4.40 petang hari sama.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PKR sebelum itu dilaporkan akan mengadakan sidang media khas pada jam 6 petang, hari ini, membabitkan pengenalan calon daripada parti berkenaan untuk berdepan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) di sebuah hotel di Kuching.

Pengarah Imigresen Sarawak, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad yang dihubungi mengesahkan pengusiran Nurul Izzah dari Sarawak. -Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY