WELLINGTON, 26 Mei – Kawal Ketat……Parlimen New Zealand dikawal ketat hari ini selepas menerima satu ancaman keselamatan, tetapi belanjawan tahunan 2016 akan diteruskan seperti yang dirancang.

Polis New Zealand berkata seorang lelaki ditahan berhubung kejadian itu dan sebuah kenderaan yang menjadi punca ancaman sudah diperiksa dan akan dialih dari pekarangan Parlimen.

“Keadaan keselamatan terkawal, bagaimanapun Parlimen masih berada dalam kawalan ketat. Prosiding #Bajet 2016 diteruskan seperti dirancang,” menurut tweet dari Parlimen NZ.

New Zealand akan membentangkan belanjawan tahunannya pada jam 2 petang waktu tempatan. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY