WASHINGTON, 16 Dis – ┬áTindakan…..Presiden Barack Obama berkata, Amerika Syarikat (AS) akan bertindak balas terhadap perbuatan penggodaman siber oleh Russia yang cuba mencampuri proses pilihan raya negara itu.

“Saya fikir adalah tidak menyalahi apabila sebarang kerajaan asing cuba menjejaskan integriti pilihan raya kita untuk kita mengambil tindakan,” kata Obama.

“Dan kami akan lakukannya pada masa dan tempat yang kita akan pilih,” katanya.

NPR berkata, Obama mengelak daripada menerima kesimpulan Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa Russia menggodam akaun emel Parti Demokratik untuk tujuan spesifik menjejaskan calon parti itu, Hillary Clinton dan membantu calon Republikan, Donald Trump untuk memenangi pilihan raya, baru-baru ini.

Obama sudah mengarahkan CIA menjalankan kajian semula yang menyeluruh mengenai laporan penggodaman dan memberikannya kepadanya sebelum menamatkan penggal Presidennya pada 20 Januari depan.

“Perlu ada penilaian semua sudut yang perlu dibuat oleh agensi perisikan yang berkaitan,” kata Obama. – WD MY